Wednesday, March 26, 2008

KHADIJAH ISTERI RASULULLAH SALALLAHUALAIHIWASSAM

Ia merupakan isteri nabi Muhammad yang pertama. Sebelum bernikah dengan Nabi, beliau pernah menjadi isteri dari Atiq bin Abid dan Abu Halah bin Malik dan telah melahirkan empat orang anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, yaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah yaitu Hindun dan Zainab.
Khadijah adalah seorang janda yang kaya, yang dianugerahi sifat-sifat mulia. Kerana kehidupannya yang berbudi luhur itu, beliau terkenal dengan nama Tahira. Menurut Tabaqot ibu Saad, beliau adalah wanita terkaya di Mekkah pada ketika itu .
Khadijah binti Khuwailid, tergolong dalam keluarga Quraisy, Abd-alUzza, menduduki tempat terhormat sebagai isteri pertama Nabi Muhammad salallahualaihiwasallam.
Beliau merupakan isteri nabi Muhammad salallahualaihiwasallam yang tidak pernah dimadu, kerana semua isterinya yang dimadu dinikahi setelah wafatnya Khadijah. Di samping itu, semua anak Nabi kecuali
Ibrahim adalah anak kandung Khadijah.
Manakala Muhammad berniaga dan terkenal di seluruh Hijaz karana kejujuran, kesetiaan dan moralnya. Dan kerana sifat yang mulia inilah, beliau digelar "al-amin" (yang dapat dipercaya) .
Khadijah juga tertarik pada sifat-sifat cemerlang pemuda Muhammad, dan menerimanya bekerja pada usaha dagangnya. Nabi Muhammad salallahualaihiwasallam dihantar ke Basrah membawa barang dagangan Khadijah. Setelah tiga bulan sekembalinya dari Basrah - Khadijah mengajukan lamaran untuk bernikah. Waktu itu nabi Muhammad salallahualaihiwasallam berusia 25 tahun, dan Khadijah 40 tahun.
Pada zaman itu wanita Arab bebas menentukan kehendaknya sendiri dalam hal pernikahan, oleh kerana itu Khadijah langsung membicarakan lamarannya dengan Muhammad dan mengutuskan utusan untuk meminang Baginda. Selepas itu, al-amin salallahualaihiwasallam bersama-sama beberapa orang bapa saudaranya pergi berjumpa ‘Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah dengan perantaraan Abu Thalib. Peminangan Khadijah tersebut diterima dan Baginda salallahualaihiwasallam dikhawinkan dengan Khadijah.
Pada hari tersebut Abu Talib berkhutbah dengan berkata; “bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan kita anak cucu nabi Ibrahim a.s, keturunan nabi Ismail, berasal dari Ma’ad dan lahir daripada kalangan Mudhur, menjadi pengurus rumah-Nya(kha’bah) dan penjaga tanah suci-Nya, menjadi Ka’bah yang sentiasa dikunjungi dan tanah suci yang aman untuk kita dan menjadikan kita sebagai pemimpin manusia. Anak saudaraku ini iaitu Muhammad bin Abdullah adalah seorang lelaki yang tidak ada tolak bandingnya dari segi kemuliaan, kecerdikan, dan kelebihannya, sekalipun dia tidak berharta. Harta adalah suatu yang sentiasa berkurangan dan akan habis serta merupakan pinjaman yang diminta pembayarnya. Demi Allah! Selepas peristiwa ini dia akan memperolehi berita yang besar dan kedudukan yang tinggi.
Maskawin dari nabi Muhammad salallahualaihiwasallam sebanyak 20
bakrah dan upacara perkawinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.

Nabi Muhammad salallahualaihiwasallam tidak menikah dengan wanita lain selama Khadijah masih hidup. Khadijah sempat mendampingi Muhammad 25 tahun lamanya setelah perkawinan, dan meninggal dunia tiga tahun sebelum Hijrah. Khadijah memberikan enam anak, dua laki-laki: Qasim dan Abdullah, keduanya meninggal waktu masih bayi - dan empat orang anak wanita: Fatimah az-Zahra, Zainab, Ruqaya, dan Ummi Kalsum. Kerana Qasim-lah kadang-kadang Nabi disebut Abul Qasim (ayah Qasim).
Rumah kediaman Khadijah kemudian dibeli oleh Amir Muawiya dan diubah menjadi masjid. Sampai sekarang, masjid itu masih menggunakan nama wanita agung itu.
Nabi Muhammad salallahualaihiwasallam sangat menghormati dan mencintai Khadijah. Bahkan setelah Khadijah wafat pun Nabi masih sering mengenang dengan rasa sayang, syukur serta terima kasih. "Waktu semua orang lain menentang aku," katanya, "Khadijah pendukungku; waktu semua orang masih kafir, ia telah memeluk Islam; waktu tidak seorang pun yang menolong aku, dialah penolongku."
Kekayaan dan kedudukan Khadijah yang tinggi di dalam masyarakat ternyata sangat bermanfaat untuk syiar Islam. Para ulama kebanyakan mengatakan bahwa Khadijah, Fatimah, dan Aisyah adalah tiga wanita Islam yang terbesar. Menurut mereka, Fatimah sebagai wanita pertama, Khadijah yang kedua, dan Aisyah ketiga dalam urutan wanita-wanita terbesar di dalam Islam.
Di kaki bukit al-Hujun terbentang perkuburan al-Mu’alla yang menghadap ke ka’bah berjarak dua kilometer dari Haram. Pemakaman ini sangat bersejarah dan popular bagi umat islam. Tidak sedikit para sahabat Nabi, generasi sesudahnya, ulama, dan orang orang sholeh yang disemayamkan di perkuburan ini, termasuk di antaranya isteri Rasulullah saw, Khadijah binti Khuwailid radiallahuanhu.
Dulu kubur beliau diletak tanda dengan didirikan qubbah besar sehingga nampak jelas bagi yang ingin berziarah. Sayangnya, qubbah itu diratakan sehingga sukar bagi penziarah untuk mengetahui di mana isteri Rasulullah salallahualaihiwasallam disemayamkan.
Khadijah binti Khuwailid radiallahuanha telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwanya, dan hartanya untuk kepentingan dakwah Rasulullah salallahualaihiwasallam. Ia rela melepaskan kedudukanya yang terhormat di kalangan bangsanya dan ikut merasakan pahit getirnya perjuangan dan penderitaan yang dikenakan pada keluarga Rasulullah salallahualaihiwasallam.
Khadijah binti Khuwailid radiallahuanha rela hidup dalam kefakiran sedangkan dia tergolong orang mampu demi untuk mengecap manisnya iman bersama suami tercinta. Dia korbankan segala apa yang dia miliki demi membantu menegakkan agama suami.
Khadijah binti Khuwailid radiallahuanha adalah wanita yang sabar, taat beragama, baik peranginya dan suka bersyukur. Jasa beliau yang besar pada risalah nubuwah dan kemuliaan akhlaknya sangat membekas di hati suaminya, Rasulullah salallahualaihiwasallam sehingga beliau selalu menyebut nyebut kebaikanya walupun Khadijah telah wafat. Makanya tak heran jika Allah telah menyampikan salam khusus Nya untuk Khadijah ra melalui perantaraan Jibril as kepada Rasulullah salallahualaihiwasallam disertai kabar gembira “Aku telah sediakan baginya rumah di surga yang dibuat dari emas dan tiada kesusahan baginya atau kepayahaan” Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah radiallahuanha pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah radiallahuanha merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah salallahualaihiwasallam Khadijah mendampingi Nabi salallahualaihiwasallam selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolong-nya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolong-nya dengan jiwa dan hartanya.

Tuesday, February 26, 2008

Pengemis Buta dan Rasullulah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya,si pengemis marah sambil menghardik,Siapakah kamu?Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Seloka Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadihormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Pesanan Semasa Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin .....amin..amin Yarobbal a'lamin.."